Select your language
Adalah dimaklumkan bahawa pembekalan kertas di bawah Kontrak Pusat Kertas A4 Putih 80 gsm (NKS Systems Sdn. Bhd.) akan ditangguhkan sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 2020 seperti berikut:
Tarikh: 25 Mei 2020 (Isnin) hingga 29 Mei 2020 (Jumaat)
Sehubungan itu, tarikh akhir pesanan dan penghantaran adalah seperti berikut:
Tarikh akhir pesanan: 15 Mei 2020 (Jumaat)
Tarikh akhir penghantaran: 22 Mei 2020 (Jumaat)
Pembekalan dan penghantaran akan beroperasi kembali seperti biasa mulai 1 Jun 2020 (Isnin).
Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan pembelian supaya tiada gangguan bekalan di peringkat Agensi.
Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
13 Mei 2020