Select your language
Adalah dimaklumkan bahawa syarikat pembekal Kontrak Pusat Kertas A4 Putih 80 gsm iaitu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) akan menghentikan operasi pembekalan dan penghantaran Kertas A4 putih 80 gsm buat sementara waktu sempena sambutan dan perayaan Tahun Baharu Cina 2026.
Sehubungan itu, tarikh akhir penghantaran kertas A4 putih 80 gsm ke Agensi Kerajaan adalah pada 13 Februari 2026 (Jumaat). Pembekalan dan penghantaran akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 23 Februari 2026 (Isnin).
Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan pembelian supaya tiada gangguan bekalan kertas di peringkat Agensi.
Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
12 Februari 2026