Select your language
Konflik Asia Barat yang berlarutan telah melonjakkan harga minyak mentah global lebih 40% hingga melepasi AS$100 setong, sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak dunia.
Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk melindungi rakyat, manakala harga bahan api lain diselaraskan secara berperingkat selaras dengan kenaikan harga global sejak penghujung Februari 2026.
Selaras dengan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026 adalah seperti berikut:
| Bahan Api | Harga Runcit |
|---|---|
| RON97 | RM5.15 seliter (harga 25 Mac 2026: RM4.55 seliter) |
| RON95 tanpa subsidi | RM3.87 seliter (harga 25 Mac 2026: RM3.27 seliter) |
| RON95 bersubsidi (BUDI95) | RM1.99 seliter (harga 25 Mac 2026: RM1.99 seliter) |
| Diesel (Semenanjung Malaysia) | RM5.52 seliter (harga 25 Mac 2026: RM4.72 seliter) |
| Diesel (Sabah, Sarawak dan Labuan) | RM2.15 seliter (harga 25 Mac 2026: RM2.15 seliter) |
Kerajaan MADANI kekal komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu. Walaupun Malaysia ialah negara pengeluar minyak, harga bahan api domestik tetap dipengaruhi oleh pasaran global kerana sebahagian besar bekalan diperoleh dari pasaran antarabangsa.
Seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Kerajaan akan terus memastikan manfaat dikembalikan kepada rakyat dengan melindungi mereka daripada tekanan kenaikan kos bahan api.
Antara langkah yang diambil bagi melindungi rakyat adalah seperti berikut:
Kerajaan MADANI akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
25 Mac 2026