Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Diesel (Semenanjung Malaysia), RON95 Tanpa Subsidi Dan RON97 Diturunkan Bagi Tempoh 23 April Hingga 29 April 2026

Harga Runcit Diesel (Semenanjung Malaysia), RON95 Tanpa Subsidi Dan RON97 Diturunkan Bagi Tempoh 23 April Hingga 29 April 2026

Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

Penurunan harga minggu ini adalah berdasarkan formula APM yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu. Walaupun terdapat pelarasan, harga petroleum kekal tinggi berbanding paras sebelum konflik.

Dengan konflik di Asia Barat yang berlarutan, Kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa dan mengambil langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api, di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 23 April hingga 29 April 2026 adalah seperti berikut:

Harga Runcit

Bahan Api Harga Runcit Perubahan
RON97 RM4.85 seliter (harga 22 April 2026: RM5.10 seliter) Turun 25 sen seliter
RON95 RM3.87 seliter (harga 22 April 2026: RM4.02 seliter) Turun 15 sen seliter
Diesel (Semenanjung Malaysia) RM5.12 seliter (harga 22 April 2026: RM5.97 seliter) Turun 85 sen seliter


Manakala, Kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti berikut:

Bahan Api  Harga Subsidi
RON95 (BUDI95) RM1.99 seliter
Diesel (Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) RM2.15 seliter
Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) RM2.05 seliter
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) RM2.15 seliter


Walaupun harga minyak global menunjukkan tanda penyusutan, ketidaktentuan pasaran tenaga masih berterusan dan pemulihan bekalan tidak berlaku serta-merta.

Gangguan kepada kemudahan pengeluaran di Asia Barat serta rantaian logistik dan penghantaran global memerlukan masa untuk kembali stabil.

Sehubungan itu, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Dalam tempoh ini, rakyat diseru untuk terus menggunakan bahan api secara berhemah bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
22 April 2026

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility