Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Sekolah Angkat Madani Realisasi Penyampaian Segera Menerusi Pembinaan Pintar IBS

Sekolah Angkat Madani Realisasi Penyampaian Segera Menerusi  Pembinaan Pintar IBS

Program Sekolah Angkat MADANI mencipta satu lagi pencapaian apabila berjaya menyiapkan pembinaan dua bilik darjah tambahan dan sebuah bilik serbaguna di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam masa empat bulan sahaja.

Program Sekolah Angkat MADANI mencipta satu lagi pencapaian apabila berjaya menyiapkan pembinaan dua bilik darjah tambahan dan sebuah bilik serbaguna di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam masa empat bulan sahaja.

Bagi memenuhi aspirasi program Sekolah Angkat MADANI dalam menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat, projek ini menggunakan teknologi Industrialized Building System (IBS) modular hibrid terkini yang dikilangkan sepenuhnya di Malaysia dan berpangkalan di Pulau Pinang.

Projek yang dilaksanakan di bawah program Sekolah Angkat Madani (SAM) ini, melibatkan pembinaan dua bilik darjah dan bilik serbaguna bagi Prasekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (Pra PPKI) dilengkapi mini dewan makan, ruang persediaan, stor, tandas termasuk kemudahan OKU, taman permainan dalaman serta laluan mesra OKU bagi menyokong persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif dan kondusif untuk murid PPKI.

Pembinaan dua bangunan yang berkeluasan 4,867 kaki persegi, bermula pada 20 Januari dan tamat pada 14 Mei 2026, empat hari lebih awal dari yang dijadualkan.

Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, SAM bukan sekadar projek naik taraf sekolah, tetapi pendekatan baharu Kerajaan MADANI yang lebih moden, cepat dan berimpak kepada rakyat.

“Melalui penggunaan teknologi IBS, kerajaan dapat mempercepat pembinaan, mengurangkan kos, pembaziran dan kelewatan projek, sekali gus memastikan wang rakyat digunakan secara lebih cekap dan berkesan.

“Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen Kementerian Kewangan sebagai pemudah cara pembangunan rakyat melalui pendekatan perbelanjaan awam yang lebih strategik, cekap dan berimpak tinggi di mana setiap ringgit wang rakyat diterjemahkan kepada manfaat yang boleh dilihat dan dirasai secara langsung,” tambah beliau.

Program Sekolah Angkat MADANI yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Jun 2025 telah menyaksikan sebanyak 921 sekolah-sekolah di seluruh negara termasuk sekolah pondok, yang menjadi sekolah angkat kepada Kementerian-kementerian, agensi kerajaan, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan dan syarikat swasta, memanfaatkan kirakira 680,000 orang pelajar. Pada tahun 2026, jumlah ini ditingkatkan kepada 1,500 sekolah.

Di Pulau Pinang, terdapat 57 sekolah rendah, 36 sekolah menengah dan lapan prasekolah yang menawarkan PPKI. Manakala jarak Pra PPKI yang terdekat dengan Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh adalah di SK Permatang Damar Laut iaitu sejauh 26 kilometer.

Pra PPKI memberi fokus kepada persediaan awal dan perkembangan asas murid, manakala PPKI menyediakan pendidikan formal, kemahiran sosial, vokasional dan pengurusan diri mengikut kemampuan murid berkeperluan khas.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
17 Mei 2026

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility