BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.
Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.
Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:
a) Pemohon
Warganegara Malaysia;
Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my
b) Kriteria Pemilikan Kenderaan
Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan iv. Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
c) Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
Motosikal diesel;
Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.
Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.
Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di https://budimadani.gov.my dengan kaedah berikut:
a. Mendaftar akaun pengguna
b. Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
c. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
No. Mykad
No. Telefon Bimbit
Nama Bank
No. Akaun Bank
Alamat e-mel
d. Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
Nombor Pendaftaran Kenderaan
Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
Jenama / Model Kenderaan
Kelas Kegunaan Kenderaan
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Maklumat lanjut berkenaan tempoh penyaluran bantuan boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Maklumat lanjut berkenaan pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Pembayaran BUDI Individu akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan).
Pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan kepada portal BUDI https://budimadani.gov.my .Pembayaran akan dibuat semula apabila semakan data agensi menunjukkan Lesen Kenderaan Motor tersebut aktif.
Bayaran BUDI Individu hanya akan dibuat mulai bulan permohonan diluluskan. Setelah permohon dibuat, bantuan tunai akan disalurkan kepada pemohon yang diluluskan mengikut bulan permohonan diluluskan.
Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Pendapatan pemohon atau pasangan mestilah tidak melebihi RM100,000 setahun.
Wakil rakyat dan pasangan tidak layak.
Karavan/motorhome/van-bas persiaran tidak menepati kriteria jenis badan kenderaan diesel persendirian yang layak.
Anda perlu hadir ke kaunter JPJ berhampiran untuk mengemas kini maklumat berkenaan. Anda perlu mengemukakan rayuan dan tindakan semakan semula kelayakan akan dibuat selepas maklumat terkini diterima daripada pihak JPJ.
Maklumat lanjut berkenaan asas permohonan ditolak boleh diperolehi dengan rayuan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Setelah asas diperolehi, pemohon perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengemaskini maklumat peribadi atau maklumat kenderaan sebelum mengemukakan rayuan.
Sekiranya gagal mendaftarkan diri atau menerima keputusan tidak diluluskan (dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu), pemohon digalakkan untuk mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan.
Tidak layak sekiranya permohonan BUDI Individu menggunakan maklumat pendaftaran kenderaan yang sama dengan permohonan di SKDS.
Namun, sekiranya pemohon memiliki kenderaan diesel persendirian, anda masih layak untuk memohon di bawah BUDI Individu, tertakluk kepada syarat kelayakan.
Fleet card adalah bagi kenderaan 33 jenis badan merangkumi 10 badan bagi SKDS 1.0 dan 23 badan bagi SKDS 2.0, manakala permohonan BUDI Individu adalah untuk pemohon kenderaan diesel persendirian milik individu. Sekiranya nombor pendaftaran kenderaan berkenaan ditemui dalam rekod SKDS 1.0 atau SKDS 2.0 berdasarkan rekod agensi, anda tidak layak memohon BUDI Individu.
Tidak layak. Kriteria semasa hanya layak bagi kenderaan yang digunakan dan Lesen Kenderaan Motor dibayar di Semenanjung Malaysia sahaja.
Anda layak untuk memohon. Namun, memandangkan LKM kenderaan masih didaftarkan di Sabah, anda perlu mengemaskini maklumat kenderaan di mana-mana cawangan JPJ di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu.
Selepas itu, pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan kepada portal BUDI https://budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan BUDI atau mengemukakan emel kepada
Tidak. Pembayaran BUDI Individu akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan membuat permohonan semula.
Buat masa ini, permohonan BUDI Individu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian milik individu. Sebarang perkembangan dan penambahbaikan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Buat masa ini, tiada tarikh tamat bagi pendaftaran di portal rasmi BUDI MADANI.
Bantuan tunai ini akan disalurkan kepada pemilik kenderaan diesel yang menepati kriteria program BUDI Individu.
Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:
Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
Alamat e-mel :
Tetapan Kebolehcapaian
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk melihat laman web kami, sila gunakan tetapan di bawah ini untuk akses dengan lebih baik