Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G1 Kategori B Pengkhususan B04 (Kerja-Kerja Am Bangunan), mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor (Daerah Sepang dan Hulu Langat) adalah dipelawa untuk menyertai Sebut Harga ini.
Dokumen Sebut Harga boleh didapati melalui laman web portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia - www.mof.gov.my bermula dari 26 Jun hingga 2 Julai 2024.
Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada 26 Jun 2024 (Rabu) jam 10.00 pagi. Taklimat hanya akan diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di Dewan Galeri, Aras G, Blok Tengah, Perbendaharaan 1, Kementerian Kewangan Malaysia, No.5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Kontraktor/Syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai lain selain daripada penama SPKK dan Sijil Taraf Bumiputera.
Dokumen Sebut Harga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL PPK dan SPKK yang dikeluarkan oleh CIDB ATAU PPK serta STB bersertakan satu salinan perakuan/sijil tersebut.
Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah disi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Seksyen Pembangunan dan Perolehan, Aras 3, Blok Tengah, Kementerian Kewangan Malaysia, No.5, Persiaran Perdana, Presint2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, pada 3 Julai 2024 (Rabu).