Latar Belakang
Pada 4 Februari 2016, 12 Menteri TPP telah menandatangani TPPA di Auckland, New Zealand. Walau bagaimanapun, TPPA tidak dapat dilaksanakan berikutan penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian tersebut pada 23 Januari 2017.
Menteri-menteri TPP pada bulan Mei 2017 telah secara sepakat bersetuju bahawa perjanjian tersebut masih mampu memberi manfaat kepada negara-negara ahli. Pada 11 November 2017, Menteri-menteri TPP telah bertemu semasa Sidang Kemuncak APEC dan mengumumkan bahawa semua negara ahli telah bersetuju dengan elemen-elemen teras (core elements) bagi melaksanakan perjanjian yang kini dinamakan semula sebagai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Trans-Pasifik (CPTPP). Hasil Mesyuarat ini telah dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 November 2017.
Selanjutnya, Malaysia bersama-sama 10 negara yang lain iaitu Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Viet Nam telah menandatangani CPTPP pada 8 Mac 2018. CPTPP merupakan perjanjian untuk melaksanakan obligasi TPPA dengan penangguhan 22 peruntukan asal di bawah TPPA.
Perjanjian CPTPP telah berkuat kuasa bagi 10 buah negara iaitu Australia, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Viet Nam dan Malaysia. Perjanjian CPTPP telah berkuat kuasa ke atas Malaysia pada 29 November 2022.
Pada 16 Julai 2023, United Kingdom telah menandatangani Protokol untuk menjadi negara ke-12 menyertai CPTPP. CPTPP berkuat kuasa ke atas United Kingdom pada 15 Disember 2024.
Teks CPTPP boleh dimuat turun di sini.
Maklumat dan dokumen berkaitan CPTPP boleh dilayari di laman rasmi MITI:
Bab 15: Perolehan Kerajaan
Bagi Bab Perolehan Kerajaan, teks perjanjian dan Annex 15-A bagi setiap negara CPTPP boleh dicapai pada pautan berikut:
Annex 15-A Bab Perolehan Kerajaan bagi setiap negara CPTPP:
Untuk slide taklimat berkaitan Bab Perolehan Kerajaan pada 31 Januari 2023, boleh diperolehi seperti berikut: