Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (The Regional Comprehensive Economic Partnership - RCEP

Latar Belakang

RCEP merupakan salah satu perjanjian perdagangan bebas melibatkan 10 negara ASEAN iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam dengan 6 negara lain iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Pada November 2019 semasa Sidang Kemuncak ASEAN, India mengumumkan bahawa ia tidak akan menyertai RCEP.

RCEP telah ditandatangani oleh 15 buah negara pada 15 November 2020 dan telah berkuat kuasa ke atas Malaysia pada 18 Mac 2022.

Maklumat dan dokumen berkaitan RCEP boleh dilayari di laman rasmi MITI:

https://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/rcep

Bab 16: Perolehan Kerajaan

Skop Bab Perolehan Kerajaan adalah terhad kepada elemen kerjasama dan ketelusan (transparency) sahaja tanpa merujuk kepada apa-apa bentuk akses pasaran termasuk dalam konteks semakan umum (general review) dan tidak tertakluk kepada Mekanisma Penyelesaian Pertikaian (Dispute Settlement Mechanism – DSM)

Teks Bab 16 Bab Perolehan Kerajaan boleh dimuat turun di sini.

Logo Accessibility