Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Unit Audit Dalam Perbendaharaan (ADP)

Visi

Menjadi penyumbang ke arah pengurusan Kewangan Awam yang cemerlang dan berakauntabiliti di Kementerian Kewangan.

Misi

Melaksanakan pengauditan secara professional berlandaskan dasar dan peraturan yang dinamik bagi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan awam di Kementerian Kewangan.

Objektif

Membantu pihak pengurusan mencapai objektifnya melalui aktiviti pengauditan untuk menentukan keberkesanan kawalan dan tadbir urus kewangan awam diuruskan dengan berintegriti, berhemah dan efektif.

Fungsi

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  • Menjalankan pengauditan di Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kewangan;
  • Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
  • Menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam dan Laporan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan
  • Membentang Laporan Pemerhatian Audit dan status AG Dashboard dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit
Logo Accessibility