Menjadi Peneraju Pengurusan Kewangan Berintegriti
Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.
Pematuhan & Pengukuhan Integriti
Melaksanakan pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta memastikan tiada ruang dan peluang untuk warga kakitangan melakukan kesalahan daripada segi jenayah, tatakelakuan dan etika.
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
Pengesanan / Pengesahan Dan Pengurusan Aduan
Membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.