Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Diesel Meningkat 7 Sen Seliter Dari 6 November 2025 Hingga 12 November 2025

Harga Runcit Diesel Meningkat 7 Sen Seliter Dari 6 November 2025 Hingga 12 November 2025

Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.02 seliter bagi tempoh 6 November 2025 hingga 12 November 2025

Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga. 

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 6 November 2025 hingga 12 November 2025 telah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.20 seliter;

  2. harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.60 seliter;

  3. harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;

  4. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 7 sen kepada RM3.02 seliter; dan

  5. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. 

Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. 


Kementerian Kewangan
Putrajaya 
5 November 2025

↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Runcit-Diesel-Meningkat-7-Sen-Seliter-Dari-6-November-2025-Hingga-12-November-2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility