Select your language
Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.92 seliter bagi tempoh 29 Januari 2026 hingga 4 Februari 2026.
Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 29 Januari 2026 hingga 4 Februari 2026 telah ditetapkan seperti berikut:
Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
28 Januari 2026
↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Runcit-Diesel-Meningkat-Dari-29-Jan-Hingga-04-Feb-2026