Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit RON97, RON95 Dan Diesel Bagi Tempoh 8 Januari 2026 Hingga 14 Januari 2026

Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit RON97, RON95 Dan Diesel Bagi Tempoh 8 Januari 2026 Hingga 14 Januari 2026

Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.11 seliter, RON95 tanpa subsidi sebanyak 2 sen kepada RM2.54 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM2.89 seliter bagi tempoh 8 Januari 2026 hingga 14 Januari 2026.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga. Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 8 Januari 2026 hingga 14 Januari 2026 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.11 seliter;

  2. harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi diturunkan sebanyak 2 sen kepada RM2.54 seliter;

  3. harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;

  4. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM2.89 seliter; dan

  5. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan
Putrajaya 
7 Januari 2026

↓ Muat turun: Siaran-Media-Kerajaan-Mengurangkan-Harga-Runcit-Ron97-Ron95-Diesel-8-Jan-2026-Hingga-14-Jan-2026

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility