Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Menurun, Kerajaan Terus Komited Ringankan Beban Rakyat

Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Menurun, Kerajaan Terus Komited Ringankan Beban Rakyat

Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit RON97 menurun sebanyak 50 sen seliter, manakala harga runcit RON95 tanpa subsidi menurun sebanyak 40 sen seliter dan diesel tanpa subsidi menurun sebanyak 25 sen seliter, bagi tempoh 12 November hingga 18 November 2026.

Harga Runcit

Bahan Api  Harga Runcit Perubahan
RON97  RM4.20 seliter (harga 11 November 2026: RM4.70 seliter)  Turun 50 sen
RON95  RM3.87 seliter (harga 11 November 2026: RM4.27 seliter)  Turun 40 sen
Diesel  RM4.87 seliter (harga 11 November 2026: RM5.12 seliter)  Turun 25 sen

Harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menurun dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyusutan harga minyak mentah dunia dan peningkatan bekalan bahan api bertapis di pasaran serantau.

Walau bagaimanapun, selagi konflik di Iran belum mencapai penyelesaian, harga petroleum dunia kekal terdedah kepada turun naik ketara. Serangan terbaharu terhadap kapal tangki di Selat Hormuz menunjukkan risiko gangguan bekalan masih wujud.

Kerajaan MADANI kekal komited melindungi rakyat dan perniagaan melalui pelaksanaan subsidi bahan api bersasar BUDI MADANI. Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, subsidi bahan api dijangka kekal tinggi sekitar RM40 bilion pada
tahun hadapan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Perlindungan melalui BUDI MADANI

Melalui BUDI95, penerima yang layak terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter berbanding harga tanpa subsidi RM3.87 seliter. Ini bermakna Kerajaan menanggung subsidi RM1.88 bagi setiap liter, bersamaan 49% daripada harga
tanpa subsidi.

Bagi BUDI Diesel pula, penerima yang layak terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga tanpa subsidi RM4.87 seliter, dengan Kerajaan menanggung subsidi RM2.77 seliter atau 57% daripada harga tanpa subsidi.

Harga petroleum bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut:

Bahan Api  Harga Subsidi
RON95 (BUDI95)  RM1.99 seliter
Diesel (BUDI Diesel) RM2.10 seliter
Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)  RM2.05 seliter
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)  RM2.15 seliter


Melalui BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan.

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
11 November 2026

↓ Muat Turun : Siaran Media Harga Petroleum 11112026

Arkib Siaran Media