Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit RON95 Tanpa Subsidi dan RON97 Dinaikkan Bagi Tempoh 30 April Hingga 6 Mei 2026

Harga Runcit RON95 Tanpa Subsidi dan RON97 Dinaikkan Bagi Tempoh 30 April Hingga 6 Mei 2026

Krisis di Asia Barat yang masih berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petroleum global. Dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tuju pasaran yang masih sukar dijangka, harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi diselaraskan berikutan pergerakan harga pasaran antarabangsa.

Pelarasan harga minggu ini adalah berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu.

Harga petroleum yang kekal tinggi berbanding paras prakonflik turut dibelenggu oleh kekangan bekalan minyak dan produk petroleum global, apabila kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan masa untuk dipulihkan.

Justeru, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026 adalah seperti berikut:

Harga Runcit

Bahan Api  Harga Runcit  Perubahan
RON97 RM4.90 seliter (harga 29 April 2026: RM4.85 seliter)  Naik 5 sen seliter
RON95 RM3.97 seliter (harga 29 April 2026: RM3.87 seliter)  Naik 10 sen seliter
Diesel (Semenanjung Malaysia) RM5.12 seliter (harga 29 April 2026: RM5.12 seliter)  Tiada perubahan

Manakala, Kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti berikut:

Bahan Api  Harga Subsidi
RON95 (BUDI95)  RM1.99 seliter
Diesel (Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)  RM2.15 seliter
Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)  RM2.05 seliter
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)  RM2.15 seliter

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Muat turun infografik

 

Download infographic

Kementerian Kewangan
Putrajaya
29 April 2026

↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Petroleum-29042026

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility