Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Meningkat Susulan Peningkatan Risiko Geopolitik Di Asia Barat

Harga Runcit RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Meningkat Susulan Peningkatan Risiko Geopolitik Di Asia Barat

Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit RON95 tanpa subsidi meningkat 5 sen seliter, manakala harga diesel tanpa subsidi meningkat 10 sen seliter bagi tempoh 16 Julai hingga 22 Julai 2026. Harga runcit RON97 pula dikekalkan.

Harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu. Serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran serta kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz telah meningkatkan semula premium risiko minyak mentah dan kos penghantaran.

Harga minyak mentah Brent telah mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20% dalam tempoh dua minggu. Selagi konflik ini belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu oleh ketidaktentuan pasaran global.

Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi. Penetapan harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh 16 Julai hingga 22 Julai 2026 adalah seperti berikut:

Harga Runcit

Bahan Api Harga Runcit Perubahan
RON97 RM4.00 seliter (harga 15 Julai 2026: RM4.00 seliter) Tiada perubahan
RON95 RM3.42 seliter (harga 15 Julai 2026: RM3.37 seliter)  Naik 5 sen
Diesel RM4.07 seliter (harga 15 Julai 2026: RM3.97 seliter)  Naik 10 sen

Harga petroleum bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut: 

Bahan Api  Harga Subsidi
RON95 (BUDI95) RM1.99 seliter
Diesel (Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) RM2.10 seliter
Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) RM2.05 seliter
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) RM2.15 seliter

Melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada kelayakan dan baki kelayakan bulanan masing-masing.

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Muat turun infografik

 

Muat turun infografik

Kementerian Kewangan
Putrajaya
15 Julai 2026

↓ Muat turun: siaran-media-harga-petroleum-15072026

Arkib Siaran Media