Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Madani Perkukuh Masa Depan Kelantan Melalui Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan

Kerajaan Madani Perkukuh Masa Depan Kelantan Melalui Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan

Kerajaan MADANI prihatin terhadap keperluan ketersambungan pengangkutan di Kelantan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, Kerajaan MADANI telah meluluskan peruntukan lebih RM250 juta untuk memperkukuh pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan.

Peruntukan ini merangkumi RM30 juta bagi pembinaan terminal bas baharu di Stesen ECRL Kota Bharu, manakala selebihnya, iaitu lebih RM200 juta, bagi kerja-kerja awalan cadangan pemanjangan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Fasa awal pemanjangan jajaran ECRL ini meliputi kerja-kerja reka bentuk awal, ukur dan penyiasatan tanah, Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA), penyediaan Skim Kereta Api serta kerja-kerja penyediaan tapak bagi membolehkan projek dilaksanakan pada fasa seterusnya.

Pelaburan ini bukan sekadar membina infrastruktur pengangkutan, tetapi membuka laluan kepada masa depan ekonomi Kelantan yang lebih berdaya saing, termasuk merancakkan aktiviti perniagaan, memperkukuh sektor logistik, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Kerajaan MADANI percaya bahawa pembangunan negara mesti bersifat terangkum dan seimbang.

Kemajuan tidak seharusnya tertumpu di bandar-bandar utama semata-mata, sebaliknya perlu dirasai oleh rakyat di seluruh negara, termasuk di Kelantan.

 


KEMENTERIAN KEWANGAN
Putrajaya
3 November 2026

↓ Muat turun: Siaran Media Kerajaan Madani Perkukuh Masa Depan Kelantan Melalui Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan

Arkib Siaran Media