Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Tingkat Langkah Proaktif Kawal Perbelanjaan Tidak Kritikal Bagi Melindungi Rakyat Dan Ekonomi

Kerajaan Tingkat Langkah Proaktif Kawal Perbelanjaan Tidak Kritikal Bagi Melindungi Rakyat Dan Ekonomi

Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa panduan telah dikeluarkan kepada Kementerian dan Agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimakan sumber Kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat secara berterusan.

Kementerian Kewangan ingin menekankan bahawa pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
29 April 2026

↓ Muat Turun: Kenyataan-Media-Panduan-Penjimatan-Kerajaan

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility