Pilih bahasa anda
Setiap kementerian bertanggungjawab merancang dan mengurus perbelanjaan berdasarkan peruntukan Belanjawan tahunan yang telah diluluskan Parlimen.
Tiada sebarang sekatan telah dibuat ke atas peruntukan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) berhubung jalan luar bandar. Peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya. Kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telahpun dibelanjakan hampir sepenuhnya.
Sejak beberapa tahun lalu, KKDW telah membuat komitmen dan berbelanja lebih daripada peruntukan tahunan yang diluluskan untuk projek-projek jalan luar bandar.
| Tahun | Peruntukan Yang Diluluskan (RM’bilion) | Perbelanjaan Sebenar (RM’bilion) |
|---|---|---|
| 2022 | 1.1 | 1.1 |
| 2023 | 1.1 | 1.8 |
| 2024 | 1.3 | 2.0 |
| 2025 | 1.6 | 2.3 |
| 2026 | 2.1 | 1.9 |
Kementerian Kewangan (MoF) bekerjasama dengan KKDW untuk menangani isu ini, antaranya dengan mengatur semula peruntukan KKDW berdasarkan keutamaan.
Setakat ini, bagi tahun 2026, MoF telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.
Pada masa yang sama, MoF juga dalam proses mengenal pasti penjimatan daripada Kementerian lain untuk membantu menampung keterlebihan komitmen oleh KKDW.
Johan Mahmood Merican
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
2 September 2026
↓ Muat turun: Penjelasan Peruntukan KKDW