Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa semasa penyelenggaraan sistem BUDI95 pada jam 11.00 malam, 31 Mei 2026, sebahagian pengguna mungkin telah melihat paparan had bulanan menjadi 150 liter.
Ingin dijelaskan bahawa paparan tersebut adalah disebabkan oleh ralat teknikal sistem yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan.
Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa kuota bulanan BUDI95 KEKAL sebanyak 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak, termasuk untuk bulan Jun 2026.
Justeru, ingin ditegaskan TIADA sebarang perubahan telah dibuat terhadap had bulanan BUDI95.
Kementerian Kewangan akan terus memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus dan teratur demi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bantuan subsidi bersasar sampai kepada golongan yang layak.
Segala kekeliruan berkenaan Ralat ini amat dikesali.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
1 Jun 2026
↓ Muat Turun: Ralat Teknikal Paparan Had Bulanan BUDI95