Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Kepentingan pendidikan asas seperti membaca, mengira dan menulis amat diutamakan oleh Kerajaan.
Puan Sarina Binti Mukhtar merupakan seorang peniaga makanan laut dan telah menyertai Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP).
Menerusi program ini, beliau berupaya untuk mengajar anaknya dengan lebih mudah, bagi memastikan pembelajaran yang lebih sempurna di rumah.
Ikuti pengalaman beliau menerusi video penuh di https://youtu.be/Fx8k8LnYV_k.
Puan Sarina merupakan peserta program KEDAP di Sekolah Kebangsaan Indersabah, Kilometer 47, Jalan Inderasabah, Peti Surat 891, 91008 Tawau, Sabah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat semasa sesi penggambaran.