Membawakan Tema Warna Warni Aidilfitri di Perantauan, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan pada 15 Mei 2023 bersamaan 24 Syawal 1444H. Warga Kementerian Kewangan dari serata Bahagian dan Agensi masing-masing menampilkan menu dan dekorasi gerai yang begitu meriah.
Antara menu utama Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lontong dan lemang para tetamu berpeluang menikmati mi goreng mamak, takoyaki, sate, kambing golek, cendol dan berbagai-bagai lagi. Terima kasih atas kehadiran semua dan semoga berjumpa lagi Aidilfitri yang akan datang.