Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Video

Manfaat mySalam

Sempena Hari Pekerja 2021, dikongsikan manfaat yang disampaikan melalui program mySalam, satu inisiatif Kerajaan yang memberi perlindungan kesihatan takaful percuma kepada warganegara Malaysia golongan B40, khususnya penerima BSH dan pasangannya.

Perlindungan yang diberikan adalah pembayaran tunai RM8,000 sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan elaun gantian pendapatan hospitalisasi sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun. Perlindungan ini juga meliputi mereka yang positif COVID-19. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan bebanan penerima apabila menghadapi cabaran kesihatan.

Saksikan perkongsian Puan Asnah, Puan Lee Lok Eng dan Encik Hazwan mengenai perlindungan mySalam. Mereka adalah antara 147 ribu penerima setakat ini yang menerima manfaat daripada mySalam.

#CeritaOrangKita #mySalam #teguhkitamenangbersama

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1 300 888 938
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
www.mysalam.com.my

Arkib Video

Logo Accessibility