YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan #TeamMOF telah meneruskan Misi Prihatin untuk hari kedua pada 31 Januari 2021 bersama dengan YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II ke kawasan Paya Besar dan Pekan untuk menyampaikan sumbangan dan melihat keadaan pasca banjir, serta mendengar maklum balas mangsa mengenai situasi mereka.
Misi dimulakan di Kedai Makan Wan Masturah, Sg Lembing, di mana kedai ini adalah antara yang terjejas teruk. Melihat gambar sebelum ini, air telah naik sehingga ketinggian hampir satu tingkat berikutan lokasinya yang berada di sebelah sungai. ⠀ ⠀
Begitu juga keadaannya bagi rumah-rumah kediaman di kawasan sekitar Kg Kuala Kenau dan Kg Seberang. Beliau berharap sumbangan makanan dan perkakas rumah yang diberi dapat meringankan beban mereka. ⠀ ⠀
Beliau juga telah ke Pekan, Pahang, bermula dgn SK Pulau Manis, dan rumah-rumah di sekitarnya untuk menyampaikan sumbangan. Menurut mangsa, walaupun banjir di kawasan mereka tidak deras seperti kawasan lain, namun, ketinggian air naik lebih dari 1.5 meter. Beliau juga telah memaklumkan mengenai inisiatif Kerajaan melalui Dana Bencana Banjir yang telah menyalurkan RM200 juta untuk membaik pulih infrastruktur kecil dan rumah. ⠀
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi ini, termasuklah pihak Kerajaan Negeri, frontliners dari PDRM, JPAM, Bomba dan RELA, serta Ahli-Ahli Sukarelawan Pahang yang turun padang bersama membantu mereka yang sangat memerlukan. ⠀⠀