Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah sebuah pelan dinamik yang diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai sebuah strategi keluar Malaysia daripada krisis pandemik COVID-19. Dengan mengambil pendekatan ‘Whole of Nation’, pelan dinamik ini dirangka dan sentiasa ditambah baik berdasarkan input dari semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.