Penarafan terkini Standard and Poors (S&P) yang positif terhadap Malaysia adalah satu pengiktirafan kepada program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, penarafan tersebut akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara ini.