Sorotan Sesi Dialog Selangor Youths Have a SAY! anjuran Selangor Youth Commmunity (SAY) di Sunway Resort Hotel & Spa. Ini merupakan antara sesi dialog yang di mana ‘input’ para belia akan diterapkan dalam merangka Belanjawan 2021.
Komitment Kerajaan dalam memperkasakan warga belia adalah berterusan. Kami percaya mereka dapat memanfaatkan kemajuan ekonomi dan digitalisasi serta mengetengahkan penyelesaian inovatif untuk menangani cabaran sosial.
Belanjawan 2021 akan menumpukan aspek penyediaan pendidikan berkualiti tinggi, pewujudan kerja, memenuhi kerjaya, akses penjagaan kesihatan serta menyokong keusahawanan untuk para belia. #JelajahBelanjawan2021