Sukuk Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang memberi peluang kepada Rakyat Malaysia untuk turut bersama Kerajaan dalam membina semula Negara pasca krisis pandemik COVID-19.
Melalui Sukuk Prihatin, dana terkumpul akan disalurkan ke inisiatif-inisiatif yang akan memperkasakan Rakyat, perniagaan, dan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila layari penjana.treasury.gov.my atau laman sesawang bank pengedar terlibat.