Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Video

Sorotan Misi Prihatin YB Menteri Kewangan dan #TeamMOF ke Pahang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan #TeamMOF telah ke Negeri Pahang pada 30 hingga 31 Januari 2021 untuk Misi Prihatin bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana banjir yang terjejas.

Kerosakan infrastruktur dan rumah kediaman masih dapat dilihat dengan kesan lumpur sehingga ke paras bumbung di setengah kawasan. Namun, kecekalan mangsa serta ahli sukarelawan yang giat membantu antara satu sama lain adalah bukti semangat kerjasama rakyat Malaysia setiap kali cabaran dihadapi.

Kerajaan juga peka dengan situasi ini, dan telah memperuntukkan RM200 juta untuk membaik pulih infrastruktur kecil dan rumah, serta tambahan RM50 juta untuk belanja operasi bencana di kawasan terjejas, di bawah Pakej Bantuan PERMAI.

InsyaAllah, dengan kerjasama semua pihak dan bantuan Kerajaan, keadaan di kawasan bencana banjir akan pulih dalam sedikit masa lagi.

Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan dan frontliners, terutamanya dari PDRM, JPAM dan Bomba.

Arkib Video

Logo Accessibility