Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Video

Turun Padang Ke Ruang Bamadhaj

Pada 9 Januari 2021 , lebih kurang 3 minggu lalu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), YB Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF telah turun padang ke Ruang Bamadhaj untuk melawat golongan artis muda dari pelbagai bidang dan latar belakang. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendengar sendiri input dari mereka mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang krisis pandemik COVID-19.

Golongan artis adalah antara yang paling terkesan, terutamanya artis seni halus yang punca rezeki mereka tertumpu kepada penjualan karya di galeri dalam dan luar negara. Menerusi perbincangan, antara input yang beliau perolehi adalah mengenai keperluan dana sokongan bagi projek-projek khas, geran atau skim pinjaman bagi aktiviti pengeluaran karya, serta sokongan agensi-agensi berkaitan dalam melonjak artis-artis baharu ke persada antarabangsa.

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa dalam sesi ini. Bagi pihak Kementerian Kewangan, InsyaAllah sesi turun padang dan konsultasi seperti ini akan terus dijalankan (tentu sekali dengan mematuhi SOP) dalam memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa ditambah baik demi kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Arkib Video

Logo Accessibility