Bagi tahun 2020 dan 2021, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif penjanaan & pengekalan pekerjaan bagi mengurangkan impak pandemik COVID-19 ke atas punca rezeki rakyat. Antara inisiatif tersebut adalah Program Subsidi Upah, Penjana Kerjaya, Malaysia’s Short Term Employment Programme (MySTEP) dan lain-lain lagi. Usaha Kerajaan ini juga disokong oleh pelbagai pihak seperti agensi-agensi Kerajaan, sektor-sektor swasta dan rakan pelaburan untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran buat rakyat Malaysia.
Kerajaan, melalui Majlis Pekerjaan Negara (NEC), akan terus meningkatkan usaha bagi merancakkan lagi penciptaan peluang pekerjaan dan terus bersifat telus dalam melaporkan status terkini insiatif-inisiatif Kerajaan kepada rakyat. Ikuti perkongsian YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan berkenaan status terkini pengambilan pekerja di bawah inisiatif-inisiatif Kerajaan.
Ingin ketahui lebih lanjut mengenai beberapa insiatif dan platform peluang pekerjaan? Sila rujuk pautan di bawah: