Sejak Julai 2020, YB Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF telah ke suluruh negeri di Malaysia untuk mengumpul maklum balas Rakyat dan perniagaan. Menerusi program jelajah tersebut, serta portal cadangan belanjawan, lebih 6,600 cadangan dikumpulkan.
Terima kasih atas input yang diberi dan tidak lupa juga pada #TeamMOF, terutamanya Pasukan Belanjawan, yang bertungkus lumus dalam persediaan Belanjawan tahun ini. Moga usaha kita dapat membela Rakyat dan perniagaan dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19.