Sedarkah kita bahawa perpaduan antara etnik, budaya, seni dan warisan kita yang unik dan mempersona bukan sahaja dapat mengekalkan identiti generasi akan datang malah menjadi satu aset dan tarikan pelancongan yang dapat meningkatkan sumber ekonomi negara.
Sambutan Minggu Perpaduan Negara pada 20 hingga 28 Mei 2023 kali ini membawakan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’. Kementerian Kewangan (MOF) tidak ketinggalan dalam mengangkat agenda nasional ini dengan menampilkan warga MOF dari pelbagai latar belakang kaum dan etnik yang bersatu padu dan harmoni. Sambutan Minggu Perpaduan merupakan usaha memperkukuh serta kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di samping memperkasa penghayatan Rukun Negara.
Salam Perpaduan.
#MingguPerpaduan
#MalaysiaMADANI
#MOF