Ke arah mewujudkan pengurusan pembiayaan Kerajaan yang profesional.
Misi
Menerajui hal ehwal pembiayaan Kerajaan serta menyelia dasar sektor perkhidmatan kewangan dengan efisien ke arah pembangunan negara yang mampan dan inklusif.
Objektif
Penyediaan dan pelaksanaan dasar berkaitan pembiayaan dan jaminan Kerajaan yang berintegriti;
Penyeliaan sektor perkhidmatan kewangan dan pasaran modal negara bagi menjamin kestabilan ekonomi negara; dan
Penyediaan insentif dana pembangunan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk memudahkan akses kepada pembiayaan.
Fungsi
Menyedia dan melaksana pekeliling serta garis panduan berkaitan pembiayaan Kerajaan;
Menilai keupayaan kewangan peminjam serta memuktamadkan terma dan syarat perjanjian pembiayaan;
Melaksana, memantau dan mengurus pengeluaran, prestasi serta pemulihan pembiayaan;
Mengurus, merancang dan menilai pemberian jaminan Kerajaan kepada badan berkanun dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD);
Menilai prestasi kewangan syarikat dan kebolehlaksanaan projek Kerjasama Awam Swasta (PPP);
Menyemak, memperaku dasar/tadbir urus serta mengurus penggubalan undang-undang sektor perkhidmatan kewangan dan pasaran modal di bawah kuasa Menteri Kewangan;
Menilai, memperaku dan mengurus program insentif dana pembangunan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS); dan
Menyemak, memperaku dan mengurus penyaluran peruntukan bagi tuntutan program insentif dana pembangunan kepada pengurus program.