Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Selamat datang ke TREASURE

TREASURE kini sebahagian daripada trasformasi digital MOF. Laman mikro Enterprise Architecture (EA) ini merupakan laman rasmi untuk maklumat, inisiatif dan perkembangan terkini berkaitan EA di Kementerian Kewangan.

Pengenalan Enterprise Architecture Perbendaharaan

Enterprise Architecture (EA) merupakan tanggungjawab bersama yang merentas semua bahagian, dan tidak terhad kepada ICT sahaja

Apakah Enterprise Architecture?

Enterprise Architecture merupakan satu pendekatan bersistematik untuk menjajarkan Strategi bisnes dan Strategi digital.

Penjenamaan EA Perbendaharaan

TREASURE atau TReasury Enterprise Architecture for Strategy, Unity, Relevance & Efficiency merupakan simbolik kepada komitmen Perbendaharaan dalam mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan

Mengukuhkan Tadbir Urus & Operasi Digital Perbendaharaan

Projek ini membangunkan satu roadmap Enterprise Architecture (EA) yang lengkap untuk menyelaraskan sistem, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, serta memastikan tadbir urus yang lebih teratur dan bersepadu.

Membangun Budaya & Rujukan Digital Masa Hadapan

Hasil projek akan menjadi rujukan rasmi dalam repositori MyGovEA, disokong dengan pelan komunikasi, latihan, dan perubahan budaya kerja. Inisiatif ini juga sejajar dengan pelan pendigitalan Perbendaharaan yang sedia ada.

Enterprise Architecture berkeupayaan untuk menangani persoalan berkaitan Who, What, Why, When, Where and How perkhidmatan dan proses kerja yang dilaksanakan di setiap peringkat dalam mencapai visi dan misi sesuatu organisasi.

Membolehkan organisasi menjalankan analisis reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi bagi menggambarkan struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi.

Pembangunan EA Fasa 1 di Perbendaharaan Malaysia meliputi dua (2) skop perkhidmatan TREASURE iaitu:

  1. Perkhidmatan Pinjaman Kerajaan Persekutuan (Bahagian Pelaburan Strategik)
  2. Perkhidmatan Perolehan Kerja (Bahagian Perolehan Kerajaan)

Mengukuhkan Tadbir Urus & Operasi Digital Perbendaharaan

  1. Penjajaran strategık yang lebih menyeluruh dan inklusif terhadap penggunaan teknologi digital
  2. Meningkatkan keupayaan dalam set kemahiran baharu dan merealisasikan nilai tambah penyampaian perkhidmatan di Perbendaharaan
  3. Berupaya mengenalpasti aplikasi yang boleh diguna semula (reuse) dan aplikasi yang boleh diintegrasikan
  4. Peluang mengintegrasikan perkhidmatan Perbendaharaan secara end-to-end dan potensi inovasi perkhidmatan baharu
  5. Peluang mengautomasi perkongsian maklumat/data antara Perbendaharaan dan Agensi
  6. Pendigitalan perkhidmatan di Perbendaharaan
  7. Meningkatkan akses maklumat/data terbuka kerajaan

Aktiviti Terkini

Logo Accessibility